Carian
PKP : Astro Menawarkan Akses Percuma Untuk “Kids Pack” Dan Saluran Berita Sehingga 26 Januari
January 13, 2021 Aman

Dengan bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan di enam buah negeri hari ini sehingga 26 Januari 2020, kini Astro turut mengumumkan penawaran sejumlah saluran mereka secara percuma untuk diakses oleh semua pelanggan Astro, dan juga melalui aplikasi Astro Go.

Antara saluran yang diberikan percuma adalah saluran dibawah Kids Pack meliputi Cartoon Network, Nickelodeon, Nick Jr, dan juga Boomerang.

Sementara untuk saluran berita pula, anda yang diberikan akses percuma terasuk CNN, BBC World News, Aljazeera, CNA, CNBC, Bloomberg, ABC Australia, CGTN, Astro Awani dan juga Bernama.

Bagi anda yang mempunyai langganan Astro, boleh menikmati kandungan percuma ini sehingga 26 Januari 2020 ini.

Komen