Samsung Galaxy S21 Bakal Menawarkan Memori Sehingga 16GB RAM

Diterbitkan pada Jan 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung bakal memperkenalkan telefon pintar mercu mereka yang terbaru secara rasminya esok, iaitu 14 Januari 2020. Namun, sehari lebih awal, pelbagai spesifikasi untuknya telah pun tertiris.

Samsung Galaxy S21 ini dilihat akan dijana dengan Exynos 2100 yang terbaru, menawarkan storan sehingga 512GB, serta menawarkan sokongan kalis air IP68.

Menariknya, model Galaxy S21 Ultra juga dilihat akan menawarkan pilihan memori sehingga 16GB RAM, antara yang tertinggi daripada Samsung sehingga ke hari ini.

Dari segi kamera, Galaxy S21 Ultra juga dilihat menawarkan kamera 108MP, sementara model lain menawarkan kamera 64MP.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan secara rasminya esok untuk melihat kejutan yang akan disediakan Samsung ketika pelancaran berkenaan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami