BlackBerry Menjual Sejumlah Paten Melibatkan Telefon Pintar Kepada Huawei

BlackBerry Menjual Sejumlah Paten Melibatkan Telefon Pintar Kepada Huawei

Diterbitkan pada Jan 14, 2021 oleh .

BlackBerry merupakan salah satu jenama yang tidak asing bagi ramai pengguna sekitar sedekad yang lepas. Namun, popularitinya semakin berkurangan sejak iPhone dan telefon Android hadir ke pasaran, sekaligus membuatkan penawaran telefon BlackBerry mula hilang dari pasaran.

Terbaru, mengikut laporan Globe & Mail, ia diperkatakan BlackBerry telah menjual 90 paten utama melibatkan teknologi telefon pintar kepada Huawei.

BlackBerry dilihat telah menjualnya pada 23 Disember lepas kepada Huawei, kerana paten berkenaan tidak lagi relevan dengan perniagaan mereka.

Apa pun, ia tidak didedahkan paten berkaitan apakah yang dijual oleh BlackBerry kepada Huawei.



Paling Popular