AirAsia Food Menawarkan Penghantaran Percuma Sepanjang PKP

AirAsia Food Menawarkan Penghantaran Percuma Sepanjang PKP

Diterbitkan pada Jan 14, 2021 oleh .

AirAsia.com kini mengumumkan mereka akan menawarkan khidmat penghantaran percuma tanpa had sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Tawaran penghantaran percuma ini hanya tersedia di Lembah Klang sahaja, dan meliputi khidmat penghantaran makanan AirAsia Food, tempahan barangan runcit AirAsia Fresh, dan juga kedai AirAsia Shop.

Dengan langkah ini, ia akan memudahkan lagi pengguna dalam mendapatkan makanan atau barangan tanpa perlu keluar dari rumah.

Penawaran penghantaran percuma tanpa had ini terhad kepada jarak penghantaran sehingga 15 km sahaja. Sementara untuk AirAsia Fresh dan AirAsia Shop pula, tempahan minima RM30 diperlukan untuk menikmati penghantaran percuma ini.



Paling Popular