Cari @ Amanz

Pada hari ini, terdapat beberapa perisian untuk komputer Windows yang memudahkan proses pengoptimasian dengan mengaktifkan atau mematikan sesuatu ciri, membuat perubahan tetapan, dan lebih mengoptimasikan sistem komputer tersebut sendiri.

Terbaru, salah satu perisian dalam bentuk sumber terbuka  yang menawarkan ciri sama adalah WinSlap.

WinSlap menawarkan kemudahan untuk anda mengoptimasikan sejumlah ciri-ciri dengan mudah dan pantas. Ia juga hadir dengan saiz yang sangat kompak – kurang daripada 1Mb.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun WinSlap ini secara percuma, dan seterusnya menjalankan ia sebagai pentadbir (“Run As Administrator”), dan seterusnya membuat perubahan serta lebih mengoptimasikan sistem komputer anda.

Untuk permulaan, mungkin anda boleh mematikan sejumlah aplikasi yang hadir terpasang, mematikan Bing Search, nyah-aktifkan Cortana, dan beberapa perkara lain.

Selamat bereksperimen!

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd