Carian
Sebuah Peranti Redmi Akan Hadir Dengan Cip 6nm MediaTek – Mungkin K40 Ultra?
January 14, 2021 Fahim Zahar

Beberapa hari yang lepas, Redmi telah mengumumkan yang siri Redmi K40 akan dilancarkan. Ia akan dijana dengan cip Snapdragon 888 dan dijual pada harga serendah sekitar RM1800 sahaja. Mengenali strategi pasaran Redmi, peranti ini mungkin akan mempunyai dua variasi seperti biasa – iaitu K40 dan K40 Pro.

Redmi K40 mungkin akan dijana dengan Snapdragon 7xx dan K40 Pro yang dijana dengan Snapdragon 888. Tahun lepas, Redmi turut melancarkan K30 Ultra yang dijana dengan cip MediaTek Dimensity 1000+. Tahun ini ia mungkin akan digantikan dengan Redmi K40 Ultra. Lu Weibing baru-baru ini mengacah yang Redmi akan hadir dengan peranti yang dijana dengan cip MediaTek baharu rekaan 6nm.

MediaTek ada menjadualkan acara pelancaran cip baharu 6nm, mungkin ini adalah cip tersebut. Butiran lain mengenai peranti ini masih menjadi misteri, sama-sama kita nantikan.

Komen