Cari @ Amanz

Xiaomi Malaysia hari ini mengesahkan jam tangan pintar mereka, Mi Watch bakal dilancarkan secara rasminya pada 20 Januari 2021 ini.

Xiaomi Mi Watch hadir dengan rekaan skrin bulat bersaiz 1.39-inci AMOLED, dilengkapi sokongan ketahanan bateri sehingga 16 hari laanya, mmenyertakan integrasi GPS dan pemantauan oksigen dalam darah, selain penjejak tidur. Melengkapkan ia juga adalah sokongan lebih 117 mod latihan, selain sokongan kalis air sehingga 5ATM.

Harga jualannya masih belum dikongsikan, dan dijangka diumumkan pada 20 Januari 2021 ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd