Laman Web MIUI Memberi Petanda Kehadiran Mi MIX 4, Mi Note 11 Dan MIUI 13

Laman Web MIUI Memberi Petanda Kehadiran Mi MIX 4, Mi Note 11 Dan MIUI 13

Diterbitkan pada Jan 14, 2021 oleh .

Sudah lama Xiaomi tidak hadir dengan peranti Mi MIX. Kali terakhir yang diperkenalkan adalah Mi MIX Alpha yang menjadi peranti konsep dan tidak dijual. Peranti untuk pasaran umum Mi MIX terakhir adalah Mi MIX 3 5G. Terkini, laman web MIUI memberi petanda kehadiran peranti ini.

Mi MIX 4 dikatakan akan menjadi peranti dengan kamera bawah skrin pertama Xiaomi. Seperti semua sedia maklum, Mi MIX sentiasa menjadi peranti konsep atau eksperimen yang dijual. Contoh Mi MIX pertama dengan konsep skrin penuh dengan kamera swafoto di dagu dan Mi MIX 3 menjadi peranti boleh gelungsur mereka.

Syarikat penghasilan skrin BOE dan Huaxing turut menyatakan yang pada separuh pertama tahun 2021, panel skrin untuk kamera bawah skrin berasaskan OLED akan diedarkan kepada pengeluar. Xiaomi sudah mengacah kehadiran peranti ini, jadi tiba masanya untuk Xiaomi melancarkan peranti ini.

Selain itu, MI Note 11 juga turut dijangkan akan diperkenalkan dan sistem operasi MIUI 13 juga. Informasi mengenai kedua-dua perkara ini masih tidak diketahui lagi. Sama-sama kita nantikan.



Paling Popular