Kedai Rasmi Xiaomi-Enchen Kini Dibuka Di Malaysia Melalui Lazada

Kedai Rasmi Xiaomi-Enchen Kini Dibuka Di Malaysia Melalui Lazada

Diterbitkan pada Jan 14, 2021 oleh .

Xiaomi ENCHEN merupakan salah satu jenama dibawah ekosistem Xiaomi, yang memfokuskan kepada penawaran peralatan elektronik untuk kegunaan harian. Antara yang popular adalah seperti pemotong rambut, berus gigi dan beberapa yang lain.

Dengan penawaran secara rasmi di Malaysia, kita juga mungkin melihat sejumlah produk ENCHEN memasuki pasaran tempatan dengan lebih pantas selepas ini, selain sokongan jaminan tempatan.

Kedai atas-talian ini akan dirasmikan pada 18 Januari ini, sekaligus menawarkan sejumlah diskaun khusus kepada pengguna. Antara yang akan ditawarkan adalah termasuk pemotong rambut pada harga bermula RM39.90, berus gigi pintar pada harga RM139, dan juga dispenser sabun pada harga RM89.90.

Layari : Kedai Rasmi ENCHEN Malaysia


Paling Popular