Cari @ Amanz

Vivo X60 dan Vivo X60 Pro adalah peranti kelas pertengahan premium Vivo sebagai pengganti kepada Vivo X50. Kedua-dua peranti ini dijana dengan cip Exynos 1080, yang mana adalah cip kelas pertengahan yang gila berkuasa. Kemudian, setiap peranti ini menjalankan Origin OS iaitu sistem operasi terbaru dari Vivo.

Terkini, orang ramai menantikan kehadiran peranti mercu Vivo. Jika dahulu Vivo hadir dengan siri NEX, kali ini peranti mercu dilihat hadir dalam siri V. Vivo V60 Pro+ dikatakan adalah peranti mercu Vivo yang dijana Snapdragon 888. Informasi ini diacah oleh laman membeli atas talian JD.

Melalui poster acah, peranti ini juga mungkin akan hadir dengan sistem kamera yang lebih berkuasa. Ia dilaporkan hadir dengan sistem kuad-kamera dan mempunyai lensa periskop. Pilihan memori pula dilaporkanm boleh mencapai sehingga 12GB RAM dengan storan 256GB. Melalui poster acah, peranti ini mungkin hadir dengan panel belakang seakan kulit.

Harga jualan dan spesifikasi lanjut masih tidak diketahui. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd