Di acara CES 2021, ASUS telah memperkenalkan pelbagai komputer riba baru termasuklah kemaskini kepada siri VivoBook S14 (S435). Model ini kini akan hadir dengan cip pemprosesan Intel generasi ke-11, Tiger Lake sama seperti model VivoBook S15 yang telahpun dikemaskini sebelum ini.
Asus VivoBook S14 hadir dengan paparan berukuran 14-inci IPS LCD dengan resolusi skrin 1920 x 1080 piksel dengan berat sekitar 1.3kg. Ia dikuasakan cip emprosesan tel Core i7 Generasi ke-11, cip grafik Intel Iris Xe terbaru, memori 16GB RAM, Intel Optane Memory H10 dan storan sehingga 1 TB PCIe SSD.
Ia turut dilengkapi ASUS Intelligent Performance Technology yang mempu meningkatkan prestasi komputer riba sehingga 40 peratus dan memastikan suhu komputer riba sentiasa baik dan jangka hayat bateri lebih panjang.
VivoBook S14 (S435) juga dilengkapi sokongan untuk WiFi 6, Thunderbolt 4.0, USB 3.2 Type-A, satu pembaca kad microSD dan sebagainya. Asus VivoBook S14 (S435) boleh didapati bermula Februari 2021 kelak tetapi buat masa ini, tiada maklumat lanjut berkaitan harga.