Cari @ Amanz

Kaspersky yang terkenal dengan penawaran antivirus dan sekuriti, kini telah pun mengeluarkan komen mereka berkaitan dengan isu melibatkan perubahan polisi oleh WhatsApp.

Bercakap mengenainya, Kaspersky mengatakan tiada perkara yang percuma, dan melalui model perniagaan pada hari ini melalui arena internet, apabila ia dilabelkan percuma, maka kebiasaannya pengguna membayar melalui data masing-masing.

Rangkaian media sosial, enjin carian, dan juga aplikasi permesejan menggunakan kaedah ini, dan pada masa yang sama menjana pendapatan melalui pengiklanan. Untuk menjayakan sesuatu program pengiklanan, sasaran perlulah lebih tepat – sekaligus memerlukan himpunan data seseorang pengguna supaya mereka melihat iklan yang relevan.

Apa pun, Kaspersky memuji tindakan pelbagai syarikat, termasuk Facebook yang memaklumkan perubahan polisi kepada pengguna. Pada masa yang sama, Kaspersky juga turut memuji ciri penyulitan penuh yang mengelak mesej pengguna daripada dibaca.

Kaspersky mengatakan data yang dijejak adalah berkaitan teknikal dan juga maklumat info akaun pengguna.

Apa pun, menyentuh mengenai integrasi kedua-dua pihak – WhatsApp dan Facebook, Kaspersky mengingatkan yang mana bergerak kehadapan, lebih banyak integrasi akan berlaku – dan kini hanyalah permulaan.

Kaspersky mengatakan pilihan ditangan pengguna berkenaan bagaimana anda terbuka untuk berkongsi informasi anda, atau memilih aplikasi permesejan lain.

Menariknya, di pasaran terdapat sejumlah aplikasi permesejan lain, dan antara yang sedang popular akhir-akhir ini adalah Telegram dan juga Signal.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd