Cari @ Amanz

Pada tahun 2021 ini, kita sedia mendengar sejumlah jenama yang melihat ke arena kenderaan elektrik, selain teknologi swapandu. Terbaru, pengeluar dron terkemuka dunia, DJI turut sedang melihat ke arena teknologi swapandu.

Melalui sejumlah iklan pencarian kerja yang diterbitkan DJI, ia dilihat DJI sedang menghimpunkan pasukan jurutera dalam membangunkan teknologi swapandu mereka tersendiri.

Ia diperkatakan DJI merancang untuk menjual teknologi swapandu, selain komponen seperti sensor LiDAR, selain penyelesaian menyeluruh untuk kenderaan swapandu.

Buat masa ini, DJI masih belum berkongsi perancangan mereka kepada umum berkenaan perkembangan terbaru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd