Microsoft Meningkatkan Saiz Fail Maksium Pada OneDrive Sehingga 250GB

Diterbitkan pada Jan 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft kini telah  mengumumkan mereka telah meningkatkan had muat-naik fail ke OneDrive dariapda 100GB kepada 250GB setiap satu.

Pengenalan had baru ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pelanggan Microsoft 365, dan dijangka akan diperkenalkan secara sepenuhnya kepada semua menjelang suku pertama 2021 ini.

Peningkatan saiz storan ini dilihat  selari dengan era digital masa kini yang memperlihatkan penggunaan saiz multimedia 4K, CAD, model 3D, dan sebagainya yang bersaiz besar, dan memerlukan ruang pemindahan besar.

Di Malaysia, storan OneDrive sahaja sebanyak 100GB ditawarkan pada harga RM9 sebulan, sementara langganan Microsoft 365 individu bermula RM27 sebulan. Versi percuma OneDrive hadir dengan storan sebanyak 5GB sahaja.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami