Cari @ Amanz

Samsung hari ini telah memperkenalkan sejumlah aksesori bersama-sama pengenalan telefon pintar mercu Galaxy S21. Salah satunya adalah Samsung Galaxy SmartTag.

Berbeza dengan SmartTag yang sinonim dengan rakyat Malaysia, Galaxy SmartTag menawarkan ciri seumpama Tile. Ia membolehkan pengguna pautkan aksesori bersaiz kecil ini bersama sejumlah peranti lain, atau barangan seperti dompet, kunci , haiwan peliharaan, dan sebagainya.

Seterusnya, ia berfungsi sebagai sebuah penjejak, dan dikuasakan Bluetooth Low Energy (BLE). Melalui aplikasi khusus Samsung SmartThings, pengguna boleh mencari lokasi barangan berkenaan, dan menjejaknya sekiranya hilang.

Buat masa ini, Galaxy SmartTag hanya beroperasi bersama peranti Samsung Galaxy sahaja, dan tidak menyokong peranti Android atau iPhone.

Di Malaysia, Samsung Galaxy SmartTag ini ditawarkan pada harga RM119.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd