Samsung Galaxy Buds Pro Kini Rasmi – Hadir Dengan Pembatalan Hingar Aktif, Kalis Air IPX7, Berharga RM799

Samsung Galaxy Buds Pro Kini Rasmi – Hadir Dengan Pembatalan Hingar Aktif, Kalis Air IPX7, Berharga RM799

Diterbitkan pada Jan 14, 2021 oleh .

Samsung hari ini telah memperkenalkan fon telinga nirwayar terbaru mereka, dinamakan sebagai Samsung Galaxy Buds Pro.

Fon telinga nirwayar ini hadir dengan ciri pembatalan hingar aktif – sekaligus memudahkan anda mendengar dengan lebih jelas, dan membuang bunyi luar yang membantu secara automatik. Samsung menjayakan perkara ini dengan menggunakan tiga mikrofon – dimana dua di luar, dan satu di dalam. Ciri ini dijangka membuang sehingga 99% bunyi latar.

Samsung Galaxy Buds Pro ini turut boleh mengetahui bila anda sedang bercakap, sekaligus mengawal kadar bunyi secara automatik.

Samsung turut menyertakan ciri kalis air IPX7 bersama-sama dengannya, selain turut sesuai untuk digunakan ketika anda sedang bersenam atau melakukan aktiviti kecergasan.

Pada fon telinga nirwayar ini, Samsung turut menekankan kepada kualiti audio melaluinya, mengatakan ia menyertakan woofer 11mm, selain tweeter 6.5mm. Disamping itu, fon telinga ini turut dioptimasikan pada era norma baharu yang memerlukan panggilan video yang banyak – untuk kejelasan lebih baik.

Dengan populariti permua, ia turut menyertakan ciri Game Mode bersama dengannya.

Secara kasar, Galaxy Buds Pro menjanjikan penggunaan sehingga 18 jam dengan ciri pembatalan hingar aktif. Sekiranya ciri berkenaan dimatikan, fon telinga ini mampu beroperasi selama 28 jam lamanya.

Di Malaysia, fon telinga nirwayar ini ditawarkan pada harga RM799.


Paling Popular