Samsung Galaxy S21 Ditawarkan Pada Harga Bermula RM3699 Di Malaysia, Mencapai RM5899

Diterbitkan pada Jan 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Malaysia kini telah pun menyenaraikan penawaran siri telefon pintar terbaru mereka di Malaysia, iaitu siri Galaxy S21.

Sebanyak tiga model ditawarkan dibawah siri ini, iaitu Samsung Galaxy S21 5G, Galaxy S21+ 5G, dan juga Samsung Galaxy S21 Ultra 5G.

Di Malaysia, Samsung Galaxy S21 5G dengan 256GB storan dan 8GB RAM ditawarkan pada harga RM3699.

Samsung Galaxy S21+ 5G pula hadir dengan 256GB storan dan 8GB RAM pada harga RM4299.

Samsung Galaxy S21 Ultra 5G pula ditawarkan dalam dua pilihan. Versi ini ditawarkan pada harga RM5299 untuk model 12GB RAM dan storan 256GB, sementara model 16GB RAM dan 512GB storan ditawarkan pada harga RM5899

Samsung turut menawarkan Galaxy SmartTag dan Buds Pro secara percuma dengan pra-tempahan ini. Gunakan kod AMS21VIP ketika pra-tempah untuk turut menerima tambahan Samsung ANC Type-C Earphones secara percuma.

Artikel awal memperlihatkan memori sebanyak 12GB RAM berdasarkan kepada laman Samsung. Namun, ia kini dikemaskini, dan memperlihatkan memori 8GB RAM sahaja.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami