Kod Aplikasi Realme Link Menyenaraikan Jam Realme Watch 2 Dan Realme Watch 2 Pro

Kod Aplikasi Realme Link Menyenaraikan Jam Realme Watch 2 Dan Realme Watch 2 Pro

Diterbitkan pada Jan 15, 2021 oleh .

Realme sejak tahun lepas telah mula menyertai arena peranti boleh pakai melalui Realme Band dan beberapa Realme Watch. Walaupun Realme Watch lebih kepada penjejak kesihatan berbentuk jam tangan pintar dan Realme Watch S dan S Pro cuba menjadi jam tangan pintar asas yang baik – Realme masih bersaing dengan jenama yang lebih berpengalaman seperti Amazfit dan Xiaomi.

Terkini, melalui kod yang diperoleh daripada aplikasi Realme Link – dua jam tangan pintar telah disenaraikan. Jam ini adalah Realme Watch 2 dan Realme Watch 2 Pro. Tiada butiran lain mengenai jam tangan pintar ini, tetapi harapnya Realme boleh tawarkan variasi yang menggunakan skrin OLED berbanding LCD. Banyak pesaing sudah menggunakan OLED dan boleh jual pada harga murah.

Realme Watch 2 mungkin versi asas yang mempunyai ciri terhad, atau Realme Watch 2 Pro adalah jam yang sama tetapi dengan rekaan lebih premium dan mungkin bateri lebih besar. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.


Paling Popular