Amerika Syarikat kini telah menambah Xiaomi pada senarai syarikat yang disenarai hitamkan. Apa pun, nama Xiaomi ini bukan ditambah pada senarai entiti seperti Huawei yang menghalang pelbagai syarikat bekerjasama, tetapi sebaliknya senarai hitam ini hanya sekadar untuk menghalang pelaburan daripada Amerika Syarikat ke syarikat Xiaomi.
Dengan pengumuman ini, sebarang pelabur dari Amerika Syarikat perlu melupuskan pegangan pada Xiaommi sebelum 11 November 2021 kelak. Beberapa pihak sedia melabur pada Xiaomi, termasuk salah satunya adalah Qualcomm Ventures. Dengan pengumuman ini, mereka perlu melupuskan pegangan pada syarikat pengeluar dari China ini.
Amerika Syarikat menambah Xiaomi dalam senarai berkenaan, mengatakan Xiaomi adalah syarikat yang dikategorikan sebagai “syarikat tentera Komunis China”.
Buat masa ini, ia tidak memberikan impak seperti operasi kerjasama, mendapatkan cip dan lain-lain seperti Huawei. Sebaliknya hanya memfokuskan kepada pelaburan dari Amerika Syarikat sahaja, yang mungkin sedikit memberikan impak terhadap harga saham Xiaomi.