Samsung Menawarkan Pengecas Seumpama Apple AirPower – Cas Tiga Peranti Nirwayar Serentak, Berharga RM399

Diterbitkan pada Jan 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple AirPower telah mencuri perhatian ramai sejak dipertontonkan pada 2017 yang lepas, dimana ia mampu mengecas sehingga tiga peranti pada waktu yang sama. Namun, ia dibatalkan kerana gagal mencapai kualiti piawaian yang ditetapkan Apple.

Apple AirPower

Perkara berkenaan tidak menghentikan pengeluar lain bereksperimen dan hadir dengan penawaran tersendiri. Salah satunya adalah Samsung.

Terbaru, di Malaysia, Samsung telah mula menawarkan Samsung Wireless Charger Trio.

Ia merupakan pengecas tiga dalam satu, membolehkan anda mengecas tiga peranti pada waktu sama – iaitu telefon pintar, fon telinga nirwayar dan juga jam tangan anda.

Pengecas nirwayar ini menawarkan pengecasan sehingga 9W – tetapi akan berkurangan apabila lebih banyak peranti diletakkan padanya.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Samsung ini, dan mendapatkan ia pada harga RM399 di Malaysia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami