Samsung Akan Perluas Ciri Sokongan S-Pen Ke Peranti-Peranti Lain

Diterbitkan pada Jan 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Galaxy S21 Ultra menjadi telefon pintar pertama dibawah siri Galaxy S dan dibawah keluarga Galaxy Note yang menerima sokongan S-Pen. Bercakap mengenainya, pihak Samsung mengatakan mereka akan terus memperluaskan penawaran S-Pen ke kategori peranti yang lain pada masa akan datang.

Mengikut desas-desus sebelum ini, keluarga Galaxy Z Fold turut dijangka akan menerima sokongan S-Pen pada tahun ini.

Dengan adanya ciri S-Pen, ia menawarkan sokongan input menggunakan pena yang memudahkan catitan, lakaran dan beberapa tugasan lain. Pada masa yang sama, S-Pen turut menawarkan sokongan kawalan peranti tambahan berbanding kebiasaan.

Apa pun, perlu dimaklumkan yang mana S-Pen dikategorikan sebagai aksesori, dan perlu dibeli bersaingan – berbeza dengan penawaran yang hadir terbina untuk keluarga dibawah siri Galaxy Note.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami