Samsung Akan Membuang Pengecas Dan Fon Telinga Secara Berperingkat Dalam Kotak Peranti

Samsung Akan Membuang Pengecas Dan Fon Telinga Secara Berperingkat Dalam Kotak Peranti

Diterbitkan pada Jan 15, 2021 oleh .

Pada Samsung Galaxy S21, pihak Samsung telah membuang kepala pengecas dan juga fon telinga yang hadir secara terbina dalam kotak. Menyentuh mengenainya, pihak Samsung mengatakan mereka akan membuang secara berperingkat kedua-duanya dala kotak peranti.

Ini sekaligus memperlihatkan Samsung turut akan membuang pengecas pada kotak peranti lain pada masa akan datang.

Kotak Galaxy S21

Buat masa ini, kita mungkin boleh menyasarkan ia hadir terbina pada peranti berspesifikasi rendah dan pertengahan – memandangkan kebiasaannya mereka adalah pengguna awal, dan tidak mempunyai aksesori terkini seperti pengguna peranti mercu.

Samsung mengatakan mereka mengambil langkah ini kerana pengguna sedia mempunyai pengecas, dan penawaran berkenaan hanya menambah beban dan tidak mesra alam.


Paling Popular