Cari @ Amanz

Celcom hari ini hadir dengan promosi khas, menawarkan kuota tambahan sebanyak 88GB data internet, khusus untuk pengguna prabayar.

Bermula hari ini sehingga 15 Mac 2021 kelak, pengguna prabayar yang melanggan pas Internet 7-hari, 14-hari atau 30-hari akan menerima kuota tambahan 88GB. Kuota tambahan 88GB ini boleh digunakan selama 3 hari – boleh ditebus melalui Celcom Life pada ruangan just4ME.

Disamping itu, untuk pengguna prabayar dengan pas internet tanpa had pula boleh melanggan kuota 88GB Hotspot pada harga RM8.80 dan boleh digunakan selama 8 hari lamanya.

Sebelum ini, pada minggu lepas, Celcom turut telah mengumumkan penawaran akses tanpa had untuk  Facebook, Instagram, WhatsApp dan WeChat untuk pelanggan pascabayar dibawah pelan Celcom XP Lite.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd