Cari @ Amanz

Samsung Galaxy S21 Ultra adalah yang pertama di dalam keluarga Galaxy S menyokong stylus S Pen. Stylus ini walau bagaimanapun perlu dibeli secara berasingan. Di Malaysia, Samsung menawarkan dua kerangka dengan S Pen terbina.

Kerangka pertama Galaxy S21 Ultra 5G Silicone Cover with S Pen ditawarkan pada harga RM289. Kerangka ini mempunyai badan yang diperbuat daripada silikon hitam dengan S Pen disimpan pada sisi kiri.

Kerangka kedua Galaxy S21 Ultra 5G Smart Clear View Cover with S Pen pula dijual pada harga RM369 dengan tubuh silikon dan penutup skrin diperbuat daripada plastik dengan tetingkap kecil. Tempat simpanan S Pen juga terletak di sebelah kiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd