Cari @ Amanz

Siri Vivo X60 sebelum ini telah diperkenalkan secara rasmi di China yang terdiri dengan dua model berbeza iaitu Vivo X60 dan X60 Pro. Kedua-duanya dikatakan hadir dengan penawaran yang sama. Bezanya cuma pada kapasiti bateri dan penggunaan kamera dengan bukaan f/1.48 yang mana lebih besar pada variasi pro.

Vivo X60 & X60 Pro

Tidak lama kemudian, media sosial dibanjiri pula dengan berita mengenai sebuah lagi model di bawah siri yang sama iaitu Vivo X60 Pro+ yang dikatakan bakal hadir dengan spesifikasi lebih berkuasa. Pelbagai spekulasi mengenai spesifikasi telah didengari – termasuk ia dipercayai peranti daripada Vivo yang bakal menggunakan cip Snapdragon 888.

Enggan terus berteka-teki, Vivo menerusi satu entri di laman Weibo mengesahkan bahawa peranti ini bakal diperkenalkan secara rasmi di China pada minggu hadapan – iaitu 21 Januari 2021. Tapi sayangnya Vivo langsung tidak mendedahkan sebarang butiran mengenai spesifikasi peranti pada entri berkenaan. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut bakal terjawab pada pelancaran rasmi kelak.

Sekadar selingan, kepada anda yang berminat untuk memiliki Vivo X50. Peranti ini kini dijual pada harga RM400 lebih murah berbanding asal. Ia kini ditawarkan pada RM1,999 dan anda boleh mendapatkannya menerusi Shopee atau Lazada. Harga untuk X50 Pro pula masih kekal sama iaitu RM3,199.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd