Google Mengesahkan Ujian Ciri Membeli-Belah Terus Pada YouTube

Diterbitkan pada Jan 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google kini mengesahkan mereka sedang menguji sebuah ciri baharu, yang membolehkan pengguna terus menemui produk baru, dan melakukan pembelian pada video YouTube.

Buat masa ini, ciri ini dalam bentuk eksperimental lagi. Melaluinya, penerbit kandungan boleh menambah produk pada video mereka, dan menyenaraikan untuk penemuan oleh pengguna.

Untuk penonton video pula, mereka boleh terus menambah produk berkenaan ke keranjang, dan seterusnya melakukan pemmbelian.

Buat masa ini, ciri ini terhad untuk pengguna di Ammerika Syarikat sahaja, dan boleh diakses melalui aplikasi Android, iOS atau web.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami