Cari @ Amanz

Selain daripada teknologi CPU dan GPU, diantara teknologi yang sedang berkembang pesat untuk sektor komputer ialah teknologi paparan. Kita kini dapat melihat bahawa paparan 8K60Hz dan 4K120Hz adalah sesuatu yang sudahpun menjadi realiti.

Teknologi sambungan paparan yang paling moden di pasaran sekarang ialah HDMI 2.1, yang mempu menggerakkan paparan pada resolusi dan kadar segar semula yang dinyatakan di perenggan sebelum ini, dan mempunyai kadar penghantaran data sepantas 48Gb/s.

Teknologi sambungan ini sudahpun hadir melalui kad-kad grafik AMD dan NVIDIA terbaru, bersama-sama dengan konsol Sony PlayStation 5 dan juga Xbox Series X.

Satu lagi teknologi sambungan paparan yang agak popular ialah DisplayPort, yang mana DisplayPort 2.0 dilaporkan akan mula diperkenalkan pada penghujung tahun ini, dimana ia akan hadir dengan sejumlah besar penambahbaikan baru.

Dengan kadar penghantaran data 80Gbps, secara teorinya, pengguna boleh menggunakan paparan dengan resolusi dan kadar segar semula berikut:

Satu paparan:

  • Satu paparan 16K (15360 x 8460) @ 60Hz dengan sokongan HDR (menggunakan Display Stream Compression)
  • Satu paparan 10K (10240 x 4320) @ 60Hz (tanpa DSC)

Dwi-paparan:

  • Dua paparan 8K (7680 x 4320) @ 120Hz dengan sokongan HDR (menggunakan DSC)
  • Dua paparan 4K (3840 x 2160) @ 144Hz (tanpa DSC)

Tiga paparan:

  • Tiga paparan 10K (10240 x 4320) @ 60Hz dengan sokongan HDR (menggunakan DSC)
  • Tiga paparan 4K (3840 x 2160) @ 90Hz dengan sokongan HDR (tanpa DSC)

VESA, pembangun teknologi DisplayPort mengatakan bahawa format DisplayPort 2.0 ini sepatutnya telah mula digunakan pada penghujung tahun 2020, tetapi wabak COVID-19 telah melengahkan pembangunan teknologi ini.

Ia dijangka akan diperkenalkan secara rasmi pada penghujung tahun ini, dan dilihat bahawa paparan-paparan yang menggunakannya akan tiba sekitar tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd