Cari @ Amanz

TWS atau nama panjangnya True Wireless Stereo merupakan fon telinga nirwayar yang semakin popular dikalangan ramai pengguna dari hari ke hari.

Seperti ramai sedia maklum, sejak Apple memperkenalkan AirPods, trend penggunaan TWS dikalangan ramai semakin meningkat, malah terdapat pelbagai jenama yang menawarkan TWS masing-masing pada harga kompetitf.

Terbaru, melalui analisa CounterPoint Research, ia disasarkan sekitar 238 juta unit TWS telah dikeluarkan pada 2020 yang lepas – mungkin menyaksikan peningkatan sehingga 83% berbanding tahun sebelumnya.

Untuk suku ketiga 2020 sendiri, pasaran pengeluaran TWS memperlihatkan Apple mempunyai pegangan sebanyak 29%, dan diikuti oleh Xiaomi sebanyak 13% dan juga Samsung sebanyak 5%.

Realme turut dilihat merupakan antara 10 pengeluar teratas pada suku ketiga 2020 dalam arena TWS ini.

Buat masa ini, data penuh untuk suku ke-4 2020 masih tidak diketahui lagi. Pelbagai syarikat turut telah mula memperkenalkan produk baru mereka, dan semestinya tahun 2021 akan menyaksikan arena TWS terus eneria persaingan sengit dikalangan semua pengeluar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd