Cari @ Amanz

Pada penghujung tahun lalu, kami ada melaporkan bahawa Logitech telah mengemaskini model tetikus gaming mereka, iaitu Logitech G Pro Wireless dengan model Logitech G Pro X Superlight yang hadir dengan rekaan rangka yang lebih ringan berbanding dengan model sebelum ini.

Selain daripada perbezaan dari segi rangka yang lebih ringan, ia juga mempunyai tapak Teflon yang lebih lebar dan juga menggunakan sensor Hero 25K yang menjanjikan lengah masa yang lebih rendah dan pergerakan tetikus yang lebih tepat.

Terkini, kami telah mendapat tahu bahawa Logitech sudahpun mula membuka pra-tempahan tetikus ini di pasaran tempatan pada harga RM649 melalui platform atas talian seperti Lazada dan juga Shopee.

Pra-tempahan tetikus Logitech G Pro X Superlight ini didapati hadir dengan pad tetikus Valorant yang besar dan juga tempat menyimpan tetikus Logitech G secara percuma.

Menurut Logitech, tetikus Logitech G Pro X Superlight ini akan mula mula dihantar kepada pembeli pada 18 Januari kelak jika anda pra-tempah tetikus ini sebelum tarikh tersebut. Kedua-dua model berwarna putih dan hitam ditawarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd