Carian
Bagaimana Mengubah Alamat Penghantaran Bungkusan Pos Laju Ketika PKP?
January 15, 2021 Aman

Disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan yang mula diimplementasi sejak minggu ini, salah satu masalah yang dihadapi ramai adalah apabila pembelian yang dilakukan sebelum ini dihantar ke alamat pejabat atau alamat kediaman berbeza.

Ini sekaligus membawa kepada masalah, dimana anda tidak boleh menerima bungkusan yang dihantar – disebabkan berada di alamat yang berbeza sepanjang PKP.

Untuk mengatasi perkara ini, kini Pos Malaysia menyediakan kemudahan untuk pengguna mengemaskini alamat penerimaan baharu, terus secara atas-talian, sekaligus ubah hala penghantaran anda.

Pos Malaysia mengatakan ubah hala penghantaran ini boleh dilakukan oleh pelanggan di kawasan Lembah Klang ke mana-mana alamat kediaman sekitar Lembah Klang.

Namun, untuk mereka di luar Lembah Klang pula, ubah halan hanya disediakan ke alamat kediaman yang berada dalam kawasan liputan yang sama dengan alamat penghantaran asal.

Bagi anda yang ingin melakukan ubah-hala penghantaran, boleh ke laman Pos Malaysia hari ini, dan memasukkan nombor Tracking, dan poskod destinasi asal, sebelum memproses arahan ubah hala ke alamat baharu.

Komen