Cari @ Amanz

Kemaskini 16 Januari 2021 – Selepas akses selama sehari, sebentar tadi kesemua filem di dalam senarai yang kami laporkan semalam kini tidak lagi boleh diakses. Jika video cuba distrim, notifikasi ““This uploader has not make this video available in your country” akan dipaparkan pada pemain.

Kami yakin pasti yang ramai sedang kebosanan terkurung di rumah kerana PKP. Mungkin ada diantara anda yang tidak tahun apa yang ingin ditonton kerana tidak melanggan kepada perkhidmatan penstriman video seperti Netflix. Jangan risau kerana nampaknya YouTube kini menawarkan penstriman 500 n filem dan dokumentari secara percuma dalam aplikasi mereka.

Kami menyedari filem-filem seperti terkemuka Robocop, Terminator, Alamo dan Ghost In Shell boleh ditonton secara percuma menerusi saluran YouTube Movies. Menarik sekali langganan kepada YouTube Premium tidak diperlukan sama sekali. Kesemua pengguna boleh mengakses banyak lagi filem secara terus dan percuma dengan sokongan iklan. Filem-filem juga majoritinya adalah dari versi dengan kandungan terlalu ganas atau dewasa telahpun disunting menjadikannya selamat untuk tontonan sekeluarga.

Sebelum ini pada tahun 2018 penstriman filem percuma dengan iklan hanya ditawarkan kepada pengguna di Amerika Syarikat. Kami tidak tahu sama ada ini adalah pepijat ataupun YouTube secara senyap-senyap menawarkannya kepada rakyat Malaysia hari ini untuk menggalakkan duduk di rumah ketika musim wabak.

Terima kasih Watatashi untuk senarai lengkap 500 filem dan dokumentari

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd