Cari @ Amanz

Jumlah jangkitan baru Covid-19 di Malaysia masih lagi empat angka setiap hari sejak lebih sebulan lalu sehingga beberapa negeri kini di bawah PKP. Proses vaksinasi dijangka hanya akan dimulakan pada penghujung Februari ini. Bagi mereka yang tidak mahu menunggu, Kementerian Kesihatan Malaysia kini mencari sukarelawan untuk melihat keberkesanan dan keberkesanannya di negara kita.

Sukarelawan perlu berusia 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan. Kelebihan mereka yang menyertai program ini ialah imunisasi terhadap Covid-19 di samping menerima ujian Covid-19 menerusi kaedah PCR. Pada waktu yang sama KKM turut mengatakan mungkin terdapat risiko kesan sampingan seperti bengkak atau kemerah-merahan pada bahagian yang disuntik, ciri birit, demam dan keletihan. Bagi yang berminat sila hubungi hospital-hospital di bawah.

  1. CRC Hospital Sungai Buloh, Selangor (010-8767180)
  2. CRC Hospital Ampang, Selangor (014 9463599)
  3. CRC Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak (016-4064692)
  4. CRC Hospital Taiping, Perak (010-3704692)
  5. CRC Hospital Pulau Pinang (014-9453599)
  6. CRC Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang (010-3794692)
  7. CRC Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah (010-8764540)
  8. CRC Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani Kedah (011-57669114)
  9. CRC Hospital Umum Kuching, Sarawak (016-4223599)
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd