Carian
Apple Menguji iPhone 13 Dengan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin, Membuang Port Pengecasan
January 16, 2021 Aman

Untuk tahun 2021 ini, Apple dijangka hanya menawarkan sedikit kemaskini kecil sahaja pada iPhone 13 seumpama yang ditawarkan untuk keluarga “S” sebelum-sebelum ini. Ini bermakna, Apple mungkin mengekalkan rekaan sedia ada, dan penawaran kamera lebih kurang sama.

Namun, salah satu ciri yang dijangka disertakan adalah ciri pengimbas cap jari pada skrin.

Apple kini dilaporkan sedang menguji kebolehan mengimbas cap jari pada skrin untuk iPhone 2021 ini. Langkah ini akan menawarkan sokongan tambahan untuk nyah-kunci peranti, selain daripada penggunaan Face ID.

Pengenalan ciri ini dijangka akan memudahkan pengguna pada era norma baharu kini yang memerlukan orang ramai memakai pelitup muka ketika berada di luar.

Disamping itu, Apple turut dilaporkan telah berbincang untuk membuang port pengecasan pada beberapa model iPhone – dan memfokuskan sepenuhnya pada pengecasan nirwayar, serta mempopularkan penggunaan MagSafe.

Komen