Selepas Dikritik Ramai, Kini WhatsApp Menangguhkan Pengenalan Polisi Baru

Selepas Dikritik Ramai, Kini WhatsApp Menangguhkan Pengenalan Polisi Baru

Diterbitkan pada Jan 16, 2021 oleh .

WhatsApp sebelum ini telah memperkenalkan polisi baharu yang membawa kepada kritikan ramai melibatkan kepada privasi. Dibawah polisi baharu ini juga, pengguna perlu menerimanya, atau tidak boleh menggunakan perkhidmatan WhatsApp selepas 8 Februari 2021 kelak.

Apa pun, disebabkan oleh kritikan ramai, kini WhatsApp mengatakan mereka menangguhkan pengenalan polisi baharu ini untuk sementara waktu. WhatsApp mengatakan mereka mengambil langkah ini disebabkan oleh “kekeliruan” dan juga “maklumat palsu” yang tersebar disebabkan oleh perubahan polisi ini.

WhatsApp turut menekankan yang mana mereka kekal komited dalam menawarkan privasi sepenuhnya dengan ciri penyulitan, dan tiada sesiapa boleh membaca mesej mereka.

WhatsApp mengingatkan juga yang mana perubahan ini lebih ditujukan kepada permesejan perniagaan, dan bukannya pengguna umum.

Dengan penangguhan ini, pengguna diberikan lebih masa, dan tiada impak terhadap akaun pengguna sekiranya tidak menerima sebelum 8 Februari 2021. WhatsApp mengatakan mereka akan memperkenalkan ciri baharu untuk perniagaan pada 15 Mei 2021 kelak.

Apa pun, impak disebabkan sebelum ini telah membawa orang ramai berpindah ke aplikasi permesejan lain seperti Telegram dan juga Signal. Pihak Kaspersky juga meningatkan yang mana integrasi antara Facebook dan WhatsApp dijangka akan diperketatkan lagi dari masa ke semasa, dan terbuka kepada pengguna berkenaan pilihan dan perkongsian data yang dipilih.


Paling Popular