Impak virus Covid-19 ke atas insan yang dijangkiti berubah mengikut faktor usia, tahap kesihatan dan gaya hidup mereka. Oleh sebab itu imbasan sinar-X dada perlu dianalisa satu persatu untuk meramal sama ada pesakit akan menjadi semakin baik atau memerlukan bantuan pernafasan dalam masa terdekat.

Di Malaysia, DG Hisham telahpun mengatakan hospital kini semakin dibebani kerana kes meningkat. Proses menyaring dan menganalisa imbasan sinar-X setiap pesakit mengambil masa yang lama. Facebook Artificial Intelligence Research (FAIR) dan NYU Langone Health semalam mengumumkan kejayaan kecerdasan buatan yang dibangunkan oleh mereka untuk meramal tahap kesihatan pesakit Covid-19 dalam masa terdekat. Jumlah katil dan ventilator yang diperlukan juga dapat dirancang awal menerusi ramalan yang diberikan.
Dengan menganalisa imej imbasn sinar-X paru-paru pesakit, kecerdasan buatan boleh memberikan prognosis sehingga empat hari lebih awal. Doktor kemudiannya boleh mengasingkan mereka lebih awal, memberikan lebih banyak tumpuan dan menguruskan bekalan oksigen serta ubat yang diperlukan hospital.
Untuk membaca lebih lanjut mengenai bagaimana kecerdasan buatan dilatih, set data dan penerangan secara lebih mendalam, sila muat turun kertas kajian menerusi pautan di bawah.