Sentiasa Gagal Dalam Penjagaan Pokok? Kini LEGO Ada Penyelesaian Untuknya

Diterbitkan pada Jan 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lego sedia terkenal dengan penawaran peralatan permainan berbentuk tekaria untuk kanak-kanak yang membangunkan kreativiti, disamping pada masa masa yang sama turut menawarkan koleksi berbentuk elektronik dalam terus membantu meningkatkan pemahaman kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Untuk tahun 2021, Lego turut hadir dengan sebuah penawaran khusus untuk orang dewasa, iaitu set Lego berbentuk bunga dan juga pokok Bonsai.

Kedua-dua penawaran ini hadir dengan lebih 1000 unit Lego yang perlu disusun, dan menawarkan gabungan yang membolehkan pengguna turut mengubah mengikut citarasa masing-masing.

Untuk kit pertama, ia dinamakan Lego Flower Bouquet, ia hadir dalam kit khusus yang boleh dibangunkan, selain turut menawarkan pilihan membeli bunga secara berasingan satu demi satu.

Dengan langkah ini, ia bukan sahaja memberikan hobi baru kepada orang dewasa, tetapi turut boleh menggunakannya dalam menghias rumah – terutamanya jikalau anda jarang berjaya menjaga sesuatu pokok itu.

Kit kedua adalah Lego Bonsai Tree, turut hadir dengan rekaan seumpama pokok bonsai sebenar.

Buat masa ini, kedua-duanya telah diperkenalkan di Amerika Syarikat, dan dijangka diperluaskan untuk pasaran global secara berperingkat.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami