Samsung Malaysia sedia mengumumkan harga jualan untuk Galaxy S21 beberapa hari yang lepas. Selari dengannya juga, mereka telah mengemaskini halaman jualan untuk peranti Galaxy S20. Daripada penyenaraian, hanya dua model yang masih ditawarkan, iaitu Galaxy S20 FE dan juga Galaxy S20+.
Menariknya, harga jualan Galaxy S20 FE versi 4G kini dilihat dikemaskini. Berbanding harga jualan biasa, RM2699, kini ia disenaraikan pada harga RM2099 melalui laman rasmi Samsung Malaysia.

Samsung Galaxy S20 FE ini hadir dengan skrin 6.5-inci AMOLED 120Hz, dijana cip Exynos 990, dilengkapi tri-kamera belakang, dan bateri berkapasiti 4500mAh.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran ini terus pada laman rasmi Samsung, dan mendapatkan Galaxy S20 FE pada harga RM2099.