Cari @ Amanz

Sejak seminggu dua kebelakangan ini, topik berkaitan privasi menjadi fokus ramai. Aplikasi permesejan seperti Signal dan Telegram menerima impak positif, sekaligus memperlihatkan penambahan pengguna dengan drastik sejak kebelakangan ini.

Selain aplikasi permesejan, perkhidmatan enjin carian memfokuskan kepada privasi juga menerima impak positif, iaitu DuckDuckGo.

DuckDuckGo merupakan alternatif untuk carian Google, tetapi tidak menyertakan penjejak dan menjaga privasi pengguna.

Enjin carian yang berusia sekitar 12 tahun ini, kini telah mencapai lebih 100 juta carian sehari.

Pada masa yang sama, ia juga kini mencapai lebih 2 bilion carian setiap bulan – memperlihatkan penerimaan yang tinggi dan ramai yang menggunakan enjin carian berkenaan sebagai enjin carian utama pada peranti mereka.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd