Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, kaedah pendidikan telah beralih ke dalam bentuk secara atas-talian. Ini juga menyaksikan beberapa portal web diperkenalkan dalam menjadi hab dan halaman setempat dalam memudahkan pelajar mengikuti pendidikan.

Terbaru, Selangor turut telah memperkenalkan portal Pusat Tuisyen Rakyat, dinamakan ePTRS.my – dan memfokuskan dalam membantu pelajar SPM dan STPM mengikuti pembelajaran secara atas-talian.
Melaluinya, pengguna boleh mengikuti Program Pecutan Akhir SPM, sekaligus mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Sejarah dan Matematik. Untuk pelajar STPM pula, portal ini menawarkan Pengajian Am dan juga MUET.
Portal ini dibangunkan oleh kerajaan negeri Selangor, dan setiap sekolah dinegeri Selangor telah disediakan ID khusus untuk mengakses platform ini secara percuma.
Untuk pelajar luar pula, platform ini masih boleh diakses secara percuma.
- Info
- Layari : ePTRS.my