Asus ROG Phone 4 Mungkin Dilengkapi Bateri Sebesar 6000 mAh

Asus ROG Phone 4 Mungkin Dilengkapi Bateri Sebesar 6000 mAh

Diterbitkan pada Jan 18, 2021 oleh .


Selepas tularnya satu imej acah mengenai kehadiran Asus ROG Phone 4, tempoh hari. Kini, sedikit demi sedikit spekulasi berkaitan spesifikasi mula didengari. Terdapat ura-ura terkini yang mengatakan peranti ini mungkin dibekalkan kapasiti bateri yang sama seperti pendahulunya – iaitu sebesar 6,000mAh. Ini adalah kapasiti bateri yang sama dengan Asus ROG Phone 2 dan ROG Phone 3 sebelum ini.

Selain itu, peranti ini juga dipercayai menyokong pengecasan pantas 60W atau 65W. Jika ianya benar, kita boleh menyasarkan bahawa peranti ini mampu mengecas semula dengan lebih cepat berbanding sebelumnya – di mana ROG Phone 3 sebelum ini yang menyokong pengecasan 30W.

Dalam pada itu, terdapat juga sumber mendakwa peranti misteri Asus dengan nombor model I005DA dipercayai merujuk kepada ROG Phone 4 – ia dikatakan telah melepasi laman pensijilan 3C di China dengan pengecasan 65W dan sambungan 5G.

Namun begitu, maklumat dikongsi masih diperingkat ura-ura dan pihak Asus juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan kenyataan berhubung dakwaan ini


Paling Popular