Pengguna MacBook M1 Kini Hanya Boleh Memasang Aplikasi iOS Melalui Mac App Store

Pengguna MacBook M1 Kini Hanya Boleh Memasang Aplikasi iOS Melalui Mac App Store

Diterbitkan pada Jan 18, 2021 oleh .

Pada penghujung tahun lepas, Apple telah mula menjual komputer riba MacBook Air dan MacBook Pro baru menggunakan cip pemprosesan Apple M1 mereka yang berdasarkan teknologi ARM.

Ini bermakna bahawa selain daripada perisian MacOS, MacBook M1 ini juga boleh menggunakan aplikasi yang biasanya dikhaskan untuk iPhone dan iPad sahaja.

Sebelum ini, selain daripada memuat-turun aplikasi-aplikasi ini daripada Mac App Store, nampaknya pengguna juga boleh memuatkan aplikasi secara sendiri tanpa melalui proses tersebut dengan menggunakan perisian parti ketiga.

Buat masa ini, pembangun aplikasi perlu mengesahkan bahawa aplikasi-aplikasi iOS ini boleh ditawarkan pada Mac App Store sebelum ia boleh dipaparkan di gedung aplikasi tersebut.

Terkini, pemuatan terbuka tersebut akhirnya telah ditutup oleh Apple melalui kemaskini MacOS Big Sur 11.1 dan 11.2 dimana pemuatan aplikasi iOS yang tidak melalui Mac App Store akan dihalang. Mesej ralat yang diterima termasuklah khusus mengatakan bahawa “aplikasi ini tidak boleh dipasang kerana tidak dibenarkan oleh pihak pembangun”.

Bagi mereka yang memiliki MacBook M1, ini bermakna bahawa mereka kini perlu menunggu untuk pembangun seperti Netflix untuk menawarkan aplikasi khusus untuk MacBook M1, ataupun menawarkan variasi iOS/iPadOS aplikasi-aplikasi ini untuk platform tersebut.


Paling Popular