DudukDiam – Portal Untuk Memudahkan Anda Mengetahui Had Jarak Perjalanan 10km Ketika PKP

DudukDiam – Portal Untuk Memudahkan Anda Mengetahui Had Jarak Perjalanan 10km Ketika PKP

Diterbitkan pada Jan 18, 2021 oleh .

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini dilaksanakan di Selangor, Johor, Pulau Pinang, Sabah, Kelantan, Putrajaya dan juga Kuala Lumpur. Dibawah PKP, pergerakan diterhadkan, dan boleh bergerak dalam lingkungan 10km sahaja, atau boleh mengakibatkan kepada denda sekiranya melanggar SOP berkenaan.

Langkah ini adalah dalam usaha mengekang pergerakan, sekaligus mengawal penularan wabak Covid-19 dengan lebih efisien.

Melalui laman yang dibangunkan oleh pembangun tempatan, DudukDiam, ia memudahkan pengguna mengetahui lingkungan 10 kilometer yang ditetapkan itu, dan merancang pergerakan anda.

Bagi anda yang berada di kawasan PKP, mungkin boleh menyemak laman DudukDiam hari ini, dan mengetahui sendiri kawasan liputan perjalanan yang dibenarkan ketika PKP ini.

Layari : DudukDiam


Paling Popular