Vivo Mula Menekankan Berkenaan Kedai Aplikasi Tersendiri, V-AppStore

Vivo Mula Menekankan Berkenaan Kedai Aplikasi Tersendiri, V-AppStore

Diterbitkan pada Jan 18, 2021 oleh .

Vivo kini dilihat telah mula memberikan lebih penekanan terhadap kedai aplikasi mereka tersendiri, dinamakan V-AppStore.

Kedai aplikasi V-AppStore ini sedia hadir terbina pada beberapa peranti Vivo, dimana ia beroperasi sebagai alternatif untuk kedai aplikasi PlayStore bagi pasaran global.

Dengan tekanan daripada kerajaan Amerika Syarikat sejak kebelakangan ini, sehingga membuatkan Huawei tidak boleh menggunakan kedai aplikasi Google, maka pelbagai pengeluar peranti telah mula melihat kepada alternatif sebagai persediaan.

Vivo sendiri kini dilihat telah mula berinteraksi dengan pelbagai pembangun tempatan di negara-negara sekitar Asia, dalam menambah penawaran masing-masing pada kedai aplikasi V-AppStore ini.

Tidak mustahil kita melihat Vivo terus hadir dengan sejumlah promosi dalam menarik pengguna menggunakan kedai aplikasi mereka, dan turut memfokuskan kepada bahagian perniagaan tersebut. 


Paling Popular