Cari @ Amanz

Minggu lepas kami laporkan yang Samsung SmartThings akan diintegrasikan dalam Android Auto. Secara tidak langsung akan memudahkan pengguna dengan inforia Android Auto boleh mengawal peranti berhubung Samsung dari dalam kereta. Bukan itu sahaja, dengan integrasi ini – SmartThings juga kini mesra dengan ekosistem Google Home.

Dengan Samsung yang lebih ke arah pengalaman penggunaan bersepadu atau lebih mendekati dengan Android asli – aplikasi SmartThings kini dikemaskini. Kemaskini terbaru ini mengaktifkan integrasi SmartThings ke dalam Android Auto. Fungsi ini dilihat hadir dalam aplikasi SmartThings versi 1.7.59.23. Ia boleh dimuat turun di Play Store atau secara manual di APK Mirror.

Selepas mengemaskini, aplikasi akan mempunyai tetapan Android Auto. Pengguna kemudian boleh memilih peranti berhubung mana yang ingi diintegrasikan ke dalam ekosistem Google ini. Antaramuka pada Android Auto juga ringkas, ada ikon peranti yang boleh dikawal serta butang tetapan untuk mengubah pemberian notifikasi.

Kami tiada peranti berhubung SmartThings yang boleh diintegrasi ke dalam inforia Android Auto. Jadi tidak pasti jika ia diedarkan secara berperingkat mengikut negara atau anda boleh terus cuba selepas menegmaskini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd