Realme 20000mAh 18W Power Bank Boleh Dibeli Pada Harga RM149

Realme 20000mAh 18W Power Bank Boleh Dibeli Pada Harga RM149

Diterbitkan pada Jan 18, 2021 oleh .

Realme Malaysia sebelum ini sedia hadir dengan Realme 30W Dart Charge Power Bank yang dijual pada RM199. Sementara, Realme Power Bank 2 pula berharga RM129. Terkini, jenama ini dilihat memperluaskan lagi penawaran rangkaian bank kuasa mereka dengan memperkenalkan Realme 20,000mAh 18W Power Bank pula.

Seperti namanya, ia hadir dengan kapasiti 20,000mAh. Selain itu, ia juga dilengkapi kuasa pengecasan 18W, mempunyai 3 port sambungan iaitu 2x USB-A (output) dan 1x USB-C (input/output) selain 14 lapisan pelindung keselamatan. Ia dibina dari bahan yang ringan serta menawarkan warna pilihan hitam atau kuning – yang mana boleh dikatakan sebagai warna asas untuk jenama ini.

Realme 20,000Mah 18W PowerBank dijual pada harga RM149 dan jualan secara luar talian bermula pada 23 Januari 2021. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi kedai rasmi atau pengedar sah Realme di seluruh Malaysia.


Paling Popular