Burger King Malaysia Mengacah Pengumuman Bersama PlayStation
Aman
Burger King Malaysia, kini mengacah sebuah pengumuman baharu yang dijadualkan pada Jumaat ini, 22 Januari 2021 kelak – dan menariknya, ia dilihat merupakan sebuah kerjasama bersama pihak PlayStation.
Sekiranya dilihat di Amerika Syarikat sebelum ini, Burger King disana telah bekerjasama dengan pihak PlayStation, dan menawarkan peluang memenangi PlayStation 5 dengan pembelian di Burger King.
Ia tidak diketahui sama ada di Malaysia kaedah sama akan diimplementasikan, atau Burger King dan PlayStation mempunyai kaedah lain.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 22 Januari ini untuk melihat sendiri apakah kejutan yang disediakan oleh pihak Burger King dan PlayStation ini.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.