Redmi K40 akan hadir dengan peranti yang dijana cip pemprosesan Snapdragon 888. Peranti ini dijangka akan dijual pada harga bermula 2999 Yuan, iaitu sekitar RM1.8K. Rekaan sebelum ini tertiris memperlihatkan peranti berwarna biru dengan modul kamera yang sedikit berlainan dengan peranti Redmi lain.

Siri Redmi K, bukan sahaja akan hadir dengan peranti mercu. Tetapi juga dengan peranti kelas pertengahan premium. Contohnya peranti Redmi K30 Ultra, di mana tahu ini cip MediaTek 6nm terbaru dilaporkan akan menjana salah satu peranti Redmi. Baru-baru ini, pengarah produk Xiaomi – Wang Teng Thomas menyatakan yang tahu ini akan ada lebih dari satu peranti Snapdragon 888 hadir dari mereka.
Mungkin akan ada Redmi K40+, Redmi K40 Pro dan lai-lain lagi. Salah satu daripada peranti ini mungkin juga akan dijenamakan semla sebagai Poco. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan. Kerana kalau Mi 11 mahal, Redmi siri K biasanya menjadi pilihan.