Siri ASUS TUF Gaming Dengan Komponen AMD, Intel Dan NVIDIA Terbaru Akan Tiba Pada Harga Permulaan RM5299

Diterbitkan pada Jan 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

ASUS TUF Gaming biasanya dipasarkan sebagai siri komputer riba gaming “mampu milik” yang masih lagi hadir dengan spesifikasi dalaman yang agak berkuasa.

ASUS telah mengemaskini siri The Ultimate Force mereka dengan komponen-komponen terbaru keluaran AMD dan juga NVIDIA, dimana selain daripada ASUS TUF A15, mereka juga telah memperkenalkan model ASUS TUF Dash F15 iaitu komputer riba gaming nipis dan berkuasa pertama untuk siri tersebut.

Bermula dengan ASUS TUF A15, ASUS Malaysia mengesahkan bahawa ia akan menerima sejumlah kemaskini dari segi spesifikasi luaran dan juga dalaman. Bermula dengan paparan skrin, ia dilengkapi paparan IPS bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD dan pilihan kadar segar semula 144Hz ataupun 240Hz.

Dari segi spesifikasi dalaman, ASUS TUF A15 ini dikuasakan dengan CPU AMD Ryzen 7 5800H dengan memori DDR4 sehingga 16GB dan juga pilihan storan SSD NVMe PCIe sehingga 1TB.

Dari segi pilihan GPU, komputer riba ini dikuasakan oleh pilihan NVIDIA GeForce RTX 3060 ataupun NVIDIA GeForce RTX 3070 bergantung kepada keperluan pengguna.

Beralih kepada ASUS TUF Dash F15, seperti yang kami laporkan sebelum ini, ia adalah komputer riba gaming nipis dan berkuasa yang dikuasakan CPU Intel Core i7-11370H, memori DDR4 sehingga 16GB, storan SSD NVMe sebesar 1TB dan menggunakan NVIDIA GeForce RTX 3070 didalam rangka komputer riba yang seringan 2KG sahaja.

Menurut ASUS Malaysia, ASUS TUF Dash F15 dan ASUS TUF A15 ini akan mula tiba di pasaran tempatan bermula penghujung bulan Januari ini pada harga RM6699 untuk ASUS TUF A15 dengan kad grafik NVIDIA GeForce RtX 3070, manakala ASUS TUF Dash F15 akan dijual pada harga RM6999.

ASUS TUF A15 dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 pula akan tiba di pasaran tempatan pada bulan Februari kelak pada harga RM5299.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami