Cari @ Amanz

Toyota Capital Malaysia kini telah hadir dengan sebuah perkhidmatan baru, iaitu perkhidmatan langganan kenderaan – Kinto One.

Dengan penawaran ini, bagi anda yang tidak ingin melalui proses pembelian kenderaan atau menambah hutang, boleh memilih untuk melanggan kenderaan yang ditawarkan.

Dinamakan sebagai Kinto One, ia menawarkan langganan kenderaan sehingga 3 tahun, dengan penggunaan dihadkan kepada 30,000km setiap tahun. Sebarang pemanduan melangkaui 30,000km setahun, pengguna akan dikenakan caj sebanyak 50 sen untuk setiap kilometer.

Harga langganan yang ditawarkan juga dikatakan meliputi pembaharuan insurans, cukai jalan, dan juga bayaran untuk servis kenderaan.

Dengan penawaran Kinto One ini, ia turut memasuki pasaran langganan kenderaan yang telah ditawarkan oleh beberapa pihak sebelum ini.

Seperti ramai sedia maklum, kos langganan kadang-kala boleh lebih mahal berbanding membeli. Anda dinasihatkan untuk menyemak dahulu, dan merancang sepenuhnya sebelum melakukan keputusan akhir.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd