Cari @ Amanz

Teka-teki akhirnya terjawab apabila Realme Malaysia hari ini berkongsi maklumat lebih lanjut mengenai peranti misteri yang diacah sebelum ini. Peranti yang dimaksudkan adalah Realme X7 Pro dan ia kini disahkan bakal hadir ke pasaran Malaysia pada minggu hadapan iaitu 26 Januari 2021. Acara pelancaran bakal diadakan secara atas talian menerusi laman Facebook rasmi Realme Malaysia bermula jam 12 tengah hari.

Realme X7 Pro sebelum ini telah dilancarkan di China. Ia membawakan skrin 6.55-inci SAMOLED FHD+ 120Hz, dijana cip MediaTek Dimensity 1000+, memori 8GB LPDDR4x RAM, storan 256GB dan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W. Konfigurasi kamera utama terdiri dengan sensor 64 megapixel, sementara kamera hadapan pula sebesar 32 megapixel. Seperti biasa, setia dengan kami di Amanz untuk ketahui lebih lanjut mengenai penawarannya untuk pasaran tempatan – termasuk harga jualan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd